Berkenaan Kawalan Sekuriti 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang dimaklumkan semasa AGM 2018 pada 17 November lalu, perjanjian kontrak tempoh penangguhan bagi bayaran yuran sekuriti telah tamat pada hujung September 2018. Atas usaha yang dilakukan MT Persatuan sebelum ini, tempoh penangguhan ini telah ditangguhkan kepada akhir tahun atas sebab-sebab syarat kontraktual tersebut:

  1. Penamatan tempoh penangguhan haruslah dilakukan melalui medium yang sesuai
  2. Notis pemberitahuan penamatan tempoh penangguhan haruslah diberikan secara bertingkat menjelang tarikh terakhir tempoh penamatan
  3. PNBD diminta memberi sedikit masa bagi penduduk untuk berbincang mengenai proses penghasilan dan pemihilan kontrak sekuriti terbaharu nanti

Berdasarkan ini, adalah wajib bagi setiap penduduk di Laman Cempaka Villas & Twin Villas ini untuk membayar yuran sekuriti 2019 secara berbulan atau tahunan. Mengikut pembentangan yang telah dilakukan, jumlah simpanan terkini adalah tidak mencukupi untuk membayar walau sebulan yang pertama.

Untuk mengunjur kehadapan, AJK Persatuan telah menetapkan bayaran untuk sebulan adalah sebanyak Rm 100.00 bagi menyediakan jumlah bayaran yang menckupi kepada kontraktor yang bakal dilantik. Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh membayar secara pukal bagi kemudahan untuk menguruskan kewangan masing-masing. 

Harap Maklum

Bayaran untuk yuran-yuran boleh didapati melalui link yang terdapat dalam blog ini.

Jika akses tuan-tuan dan puan-puan adalah melalui komputer, ianya berada di bahagian kanan.

Jika akses tuan-tuan dan puan-puan adalah melalui perintian mobil, ianya berkedudukan di bahagian bawah blog ini.