Yuran Tahunan Persatuan Laman Cempaka Kota Seriemas 2019

RM50.00

Assalamualaikum Tuan-tuan dan Puan-puan,

Menjelang 2019, kami AJK Persatuan Laman CempakaSari, ingin memulakan dengan notis pemberitahuan mengenai yuran tahunan ahli untuk 2019. Seperti yang dimaklumkan ketika pembentangan simpanan persatuan semasa AGM 2018 diadakan baru-baru ini, jumlah didapati sebanyak RM 5233.17 pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017

Presiden persatuan menjelaskan bahawa jumlah terkumpul terkini adalah tidak mencukupi sekiranya berlaku sesuatu musibah. Makanya, jumlah simpanan persatuan adalah digalakkan untuk ditambah. Satu permulaan adalah melalui bayaran yuran tahunan penduduk.

Yuran tahunan untuk Persatuan Laman Cempaka Kota Seriemas adalah RM 50.00 setahun

SKU: 300 Category:

Description